BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 14, 2011

berbuLan x nenG0k beLoG


saLam korang :) kehkehkeh...Lma bebenor yer fIeyza x hapDet beLog neh..dah bpe Lma p0wn xtawu Lar..trLupa sebentar saL beLog neh..dah jD apa p0wn xtawu Lar..dah bersawanG k0wt..dahLar beLoG nie p0wn kat sesawang..aDesh…

yG b0ley terInGat nGan beLog nIe p0wn saL kat fesb0ok manyak 0wank d0k bercerIta saL cerIta terbaru kt BeLog dIa0wang..Law x dah jD hutan LIpur Gamaknyer..

haa..bercerIta tentang Lma x hapDet neh…enGat fIeyza saJa2 ker d0k wat bz..t0L0ngLar..nIe sumua Gara2 fInaL rep0rt yang nak kena antar 18hB nIe Lar..arI 2 da dGar ura2 kena antar 10hB..punyalar fIeyza puLun wat tGGai ckIt jer aG nak abes..neh bILa nak kena antar 18hB neh mkIn Lma wat mkIn manyak aG x sIap…arghhh!!! Cm maner nIe..rep0rt weekly p0wn xsIap aG neh..nseB baIk dah wat presentatIon..Law x fenGsan aGaknyer k0wt..

nak hapDet cIta terbaru p0wn Gsanyer xde cIta wat masa skunk bb bz nGat nGan rep0rt ape keJaDah neh..Law ada p0wn maybe Dah Lupa aGaknyer..

oke..kepada sesape yG bz cm fIeyza,eGat pesanan fIeyza..

1.k0rang jGn Lupa tIdur yG secukuPnya..

2.mkan ekowt tIme..

3.mkan jGn manyak snGt nnt bDan cpat menGembanG..

4.n jGn Lupa s0Lat taw…


assaLamuaLaikum..


Wednesday, April 20, 2011

Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.


Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,"sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


"Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,"Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh! hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?"

pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis? Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham.

Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna coklat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...
2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...
3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung...hmmm.. Aliyah sayangkan Abang...
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, sebelum terlupa, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abang...
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai...air tangan Aliyah.
Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!

............................................................................................

p/s::xceLLy nie adalah hasil nukilan

http://barlisuam-87.blogspot.com..lepas baca tros mnat..sbb 2 la fieyza nk share ngn kowank

Saturday, April 9, 2011

fieyza makin besaw..????


Ary nie ckop seminggu balek dari EDc uum..g mne2 jer mesti da owank tegur fieyza g*m*k..c*b*y lar..mcm2 ag lar..tensen toL..nie semua gara2 makan banyak time edc ary 2..tp mmg besaw dah pown..dah lar susah nak turun..ad0i..cpew2 adax cara nk kurus kn bdan??

p/s::pic t0k kowank nengok betapa besawnyer fieyza..

kehkehkeh....


Monday, March 28, 2011

giler korean!!!

law diperhatikan musim2 skunk nie kebanyakan orang2 muda/remaja/awal dewasa/budak2 sekolah kebanyakannya paling suka citer korean..law time 830 2 kompom2 dok lekat depan tv dah..yelar nak tengok citer korean punya pasai la kan..
cpe xminat korean nie???dah lar mamat encem,pompuan come2..dengan jalan citer dye ley bawak sampai ke dalam mimpi..
cpe yang suka berangan mesti suka tengok citer korean kan..sebab citer korean kan kebanyakkannya citer cintan cintun..
yang terbaru fieyza tengok citer nauthy kiss..sebelum nie memang xtawu langsung diaowang men koi 630..yelar selalunyer men 830 tetiba lak ada koi 630..terkejut gak lar..naseb bek bawu men je citer 2..yang boley tawu 2 pown sebab saje tukar2 siaran..last2 jumpa gak
law cpe2 nak tengok try lar tengok ary jumaat or sabtu(fieyza da lupa lar pulok)jam 630..
memang best giler...

Sunday, March 27, 2011

first day in edc uum

hye...
fieyza skunk da kt Hotel EDC UUM,sintok..jangan engat fieyza saje2 nak datang cek in cek out ker..jangat engat fieyza datng nak membazir taw..haa nie semua kursus pengurusan kontraktor punya haLL taw..memang best giler lar kan..yelar nama p0wn kursus kontraktor memang sah2 jauh dari bidang fieyza..maw nyer it ker kontrakt0r..
yang p semua2 nya pengurus syarikat..b0leh kelip2 mata la sat kan..hehehe..ary nie pown bawu first day so ada ag 4 ary ag..byak ag benda ley cita (wifi free la kan)
jumpa fieyza besok taw..

*lupa bwak usb lar plak..xley nk upload pic

Sunday, March 20, 2011

.....fieyza amat bz skunk....


hye smua...
skunk nie jarang kn fieyza update blog..skunk busy ngan keje tanpa gaji ag(praktikal)...ada best ada yang xbest..

tempat praktikal nie kita ley kenal camna cara bekerja,cara pengurusan keje...cara nak kenal ngan orang..tempat praktikal nie jugak kita ley tawu camna perangai orang yang dah bekerja n bel0m bekerja..

tp kempat kerja fieyza memng best..sebab ada staff(sambilan)yang dah lama giler keje kt tmpat fieyza keje 2 baeek sangat..dya slalu bagi nasihat,bagi amaran jangan rapat ngan sape2..dya happy go lucky..outspoken..open minded..pendek cita dya besh giler lar..kt citu kami panggil dya ummi..even dya tua 5 0r 6 tahun jer dari fieyza..
haa..yang pmpn 2 lar ummi kite..
act fieyza nk gtaw yang bz skunk..2jer..tp dah terlanjur cite...huhuhu...

cpe2 yang bawu add friend 2 tq yer..

Tuesday, March 8, 2011

ment0r

mula2 gsa cam malas jer nk lyan mentor neh..dah xder cta aper dah trpksa lar nengok..aleh2 skali nengok si salmah..perghhh!!melet0p beb..suara dia memang p0wer gler..memang susah lar nak cari suara cm nie..jangan nak kata apa law lepas nie fieyza xmiss mentor.. video

Friday, March 4, 2011

alkisah mini ict

Mesti kowank tawukan ‘mini ict’..alar dekat dataran too..depan2 masjid zahir..’Mini ict 2 law xsalah buat sempena besday sultan kedah bawu2 nie..bagus gak lar buat ‘mini ict’ nie,banyak kelebihannye..agpown sebelum nie banyak mat2 rempit n geng2 keta lepak kat c2 tambah2 ag ujung minggu mesti ada race..xbest kan…owank dating nak lepak2 dengan member alih2 geng2 mat rempit kacau..law geng keta xpe gak nie geng nek moto xde klas langsung(eh!ak pown ada moto lar)sejak2 ada ‘mini ict’ nie memeng best gak lar..nak lepak2 pown dah xtakot sebab banyak family yang datng even pukul 12 pown still ada family dating ag taw..siap ada polis jaga ag..

Act bukan nak cita sal ‘mini ict’ sangat pown..nk cita sal mamat(xsempat nak tanya nama) yang fieyza jumpa kt ‘mini ict’ ari 2..mamat nie punyalar peramah sungguh(mesra orang lar)fieyza rasa 7ari 7malam dye punya cita xkan abes NO STOP!

Mula2 camnie..fieyza dengan member g ‘mini ict’ saja lepak2 tengok gelagat orang..pas2 datanglar mamat nie dok sebelah fieyza..oke lar xkan nak halang kowt agpown bukannya rapat sangat..pas2 dia tanya

Mamat::benda nie wat untuk aper ek??

Gadis::entah lar

Mamat::diaowank buat sempena besday sultan kowt..?

Gadis::yelar kowt..agpown benda alah nie start ada time besday sultan ary too

Mamat::sultan nama ape ek??

Gadis::ntah blom sempat nak selidik(muka selamber badak)

Mamat::owh..saya bukan orang sini,saya orang kL..saja datang kedah nk tengok tempat..

Gadis::(eh!ada aku tanya ker)

Mamat::bla bla bla bla bla….

Gadis::(mampus aku dia dah start cita..)

Kalau kowank nak tawu dia punya bercerita perghh! Dia lar paling hebat..dia lar playboy no1 kt kL..dia lar bonzer paling famous kat kedah nie..dia punya megah xtawu nak cakap lar..ada ker dia cakap camnie..

Mamat::sebenarnya saya xkan gtawu kat orang bape enjoy kasar saya setiap kali keluar..tapi dah orang tanya xkan xjawabkan..

Gadis::J

Mamat::tapi bukan saya nak bangga selalu saya keluar enjoy selalu akan abes dalam 2or3ribu paling sikit..

Gadis::ceh!

Awal2 ag dia gtaw xakan gtawu kt cpe2..alih gtawu jugak..ape ke benda dye nie…nak kata fieyza tanya xlar pulak..dia dengan semangatnye cita dye dah merantau 1dunia sebab sebelom dye skunk keje kapal cuma skunk dye stop kejap kapal 2 sebab azam tahun nie dye nak merantau 1malaysia sebelom naek kapal..ada ker dia cakap orang kedah nie ‘perak’?sebabnye macam xpenah jumpa ict nie siap law nk gambar2 mesti nak pelik cium pokok 2..eh!bukan semua orang kedah penah g shah alam n bukan semua orang kedah g shah alam akan g ict..lantak diowank lar nak gambar peluk2 pown bukannyer kena bayar..macam lar pokok 2 dia yang punya..xkan nak amek gambar macam askar sebelah pokok 2.. act best gak dengar cita dye nie sebab banyak cita tapi 2lar dye punya bangga2 melebihi had sangat nak join sembang sekali pown terbantut..jd pendengar setia jer..

  • Bunga sakura::di luar daunnyer lembut seperti kapas,wangi dan catik tetapi didalam kelopak terdapat satu biji bunga n kalau dipijit baunyer busuk macam bunga taik ayam..
  • Kalau singgah singapura,jangan terpedaya dengan nama signboard kedai makan even dye tulis the chicken rice shop..act xbanyak yang sediakan menu kat kedai..alih2 tme nak bayar bawu tawu poq rice
  • orang yang keje kapal nie gaji banyak sebab atas kapal siorang akan dapat gaji dan elaun setiap bulan tapi kalau xnaek kapal diorang still akan dapat elaun cma gaji jer xdapat..elaun pown dah 50r6ratus kira oke lar 2..dok rumah goyang kaki jer dah dpat dwet

………………..…………………THE END…………………………………………………